Sunday, April 24, 2011

Journey to Perak - DAY 1

Salam all

Hari ni NH nak update pasal holiday PK1 ke Perak ! YEAY ! Cuti Melaka Bandaraya Bersejarah haritu kami pergi holiday ke PERAK. Lawatan kali ni bukan saja-saja. Kami pergi untuk Program Penyuburan Ilmu untuk subjek Hubungan Etnik semester ni.

Sebelum ni kelas kami dah pergi banyak tempat yang menarik. cewah. pergi Cameron Highland, Ranau. Terasa macam aktif gilavavi pulak. Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Kalau ke sabah, kami semua terjah kampung Mira, salah seorang classmate kami, kali ni kami terjah kampung Nisah pulak. Seronok tengok budaya orang.

Sesuai dengan nama subjek ini, iaitu hubungan etnik, kami menyelami budaya masyarakat Banjar kali ini. ewah ewah . tak boleh blah ayat aku :) So begin with hari pertama kami bertolak. 14 April 2011.

di bawah blok cempaka sari. tengah tunggu bas :)

Finally kami sampai Kampung Banjar jam 7 malam macam tu. Masa ni semua macam penat. 8 jam perjalanan dari melaka ke Perak memang memenatkan nak mam.. err siap sesat lagi. pak cik bas terlajak jauh sampai ke taiping. so sampai lah kami di lumut ni. Sesampai ja kami, kami terus singgah masjid untuk solat jemaah. kesian orang kampung. Diorang tunggu kami dari pukul 5 petang, tapi sampai pukul 7 petang. hehe. Sorry pakcik makcik ! :)

Perkarangan Masjid Kampung Banjar
Baca Yassin. Sekali lagi NH interpremmmmm LOL
Lepas sembahyang berjemaah Maghrib, kami ramai2 baca Yassin untuk jemaah yang akan pergi Umrah. Tak tahu lah sapa tapi kami join sekali ja. Lepas solat , kami semua disajikan dengan santapan yang sedap ! tempoyak, bubur durian dan err err sampai sekarang NH tak pandai sebut benda alah tu. WARDI KEPENG ke? haha NH tatauu. Kawan-kawan tolong saya !

Majlis makan-makan

Next, majlis penyerahan anak angkat. majlis ni walaupun dimulakan agak lewat atas sebab kami yang sampai lewat, tapi still diteruskan juga sebabgai simbolik dan juga sedikit kata-kata aluan daripada penghulu Kampung banjar.

Penghulu Kampung Banjar.
Majlis dijalankan di dalam bilik mesyuarat rukun tetangga Kampung Banjar  (NH bantai ja ni) haha

Penyerahan anak angkat :)
Selepas penyerahan anak angkat, semua ikut mak dan ayah angkat masing-masing balik rumah. satu rumah, 2 orang so macam tak dak la segan silu sangat. Bermulalah malam yang NH rasa nightmare sebab NH sendiri pun tak biasa nak bercampur dengan orang yang tak kenal sangat !

Bersambung......

No comments: