Sunday, February 20, 2011

Bina Insan Guru Fasa 3 - Seminar Tatarias

Salam all !

Unit PISMP PK1 telah menjalankan aktiviti Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 di Dewan Srikandi, IPG KPM. Kali ni kami adakan seminar tatarias, aka grooming. dengan bantuan Datin Hajah Siti Hanifah Madarsa, kami telah mendapat consultant dari MARY KAY. satu produk dari US yang memang magic. cewah. Pengerusi BIG, Asyran berjaya memberikan mood relax kepada semua peserta. Semua orang diaminta untuk membayar RM10 seorang. Sepanjang aktiviti dijalankan, semua peserta yang terdiri daripada PISMP PK1 dan PISMP PK2 serta beberapa orang staf maktab sememangnya seronok dan enjoy. hee






































P/S : Gila skema ayat aku. heheheh

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul.

salam all.

hari ni cuti sebab meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. so semua classmate PK1 buat gotong royong untuk mencantikkan kelas. hehe. basuh kelas, hias sikit-sikit, pasang tikar getah. sepagi yang mungkin kami bekerja.

moni, selaku AJK keceriaan dan AJK bawah2 dia bekerja dengan baik sebab at last class tu nampak cantik. semua pun macam work hard. sama2 kerja. sampai ke malam pergi kelas nak cantikkan kelas. bagus bagus. jangan ada yang pengsan pulak kalau tengok kelas kita cantik teruk.

sebelum ni sesi PnP kami berjalan kat bangunan lama. masa tu tak rasa nak sayang kelas lagi. sambil lewa ja jaga kelas. tak ambik kisah pun. sekarang dah bangunan baru, semangat sikit. soo harap semua boleh jaga kelas baik-baik.

p/s : nak muntah aku baca apa yang aku tulis kat atas ni. hahaha.

Anjung Budiman. 


Classroom. hehe

Ketua Keceriaan Kelas, moni :)


mereka mereka. hoho
pencuri tulang ni. haha
ringan tulang

pencuri tulang 2. hahaha

tuan camera




Ni classroom lama. bangunan lama. old school bebeh




Sunday, February 13, 2011

Pameran BBM 2010


















gambar di atas adalah gambar pameran alat bahan bantu mengajar tahun lepas. tak sempat nak upload dulu. ni baru nak upload. *sementara tengah rajin ni. hehe. setelah satu sem berpenat lelah buat ABM, akhirnya berbaloi jugak sebab booth kami nampak macam meriah dan menarik. happy kot tengok hasil kerja. terima kasih banyak-banyak kat pensyarah pembimbing, En Azman bin Rahmat yang banyak membantu. cewah! haha.

sapa-sapa yang nak mintak ilmu buat ABM, boleh la komen. hehe.
selamat malam malaysia ! :)