Sunday, April 24, 2011

Journey to Perak - DAY 2 ii

Lepas balik dari TLDM, kami bergegas pulang ke rumah mak angkat masing-masing. lepas tu makan nasi dan solat zohor. lepas tu lagi sekali, kami semua bergegas pulak ke Masjid untuk sama-sama rewang dengan orang kampung untuk kenduri. seronok !

NH memang respect dengan orang kampung Nisah ni sebab semangat kerjasama tu masih wujud. susah nak cari kampung yang utuh dan kuat macam ni. KAGUM !

rajin nya anak-anak dara ni. menangis kupas bawang tu !

ni la wardei kepeng tu ! tah apa kenbenda namanya. aku pun tak tahu. haha

pendayung kawah. hehe 

lihatlah betapa intimnya cikgu razak dengan nisah ! haha

Dah siap untuk dimakan ! YUMMY

Lepas dah habis aktiviti yang pack gila dari pagi sampai ke petang, malam tu kami jalan-jalan kat Pekan lumut. Jalan-jalan tepi pantai. semua boleh bawak keluarga angkat. NH pun bawak ;)) jalan-jalan cari souvenir.

tapi oleh sebab penat sangat kami tak jalan jauh sangat. semua melepak ja. photo tak boleh nak upload. hehehehehe (faham-faham lah maksud hehehe ni)

zatiah, kenyit mata sikit ! :P

comelnya zatiahhh. haha

Bersambungbungbung....

Journey to Perak - DAY 2 i

Next day yaw ! selepas satu malam kami tidur kat rumah mak dan ayah angkat, NH tak tahu la feeling orang lian tapi rasanya semua rasa AWKWARD macam NH kot. ya lah segan kan. tapi takpa, masih ada masa untuk bergaul mesra. ecehh

So 15 April 2011, kami semua adakan lawat kat TLDM Lumut. nak tengok abang-abang askar ni! eh tadak lah. Pada mulanya kami ingat nak buat lawatan ilmiah. kami nak buat terapi air dan pasir untuk applykan apa yang kami belajar dalam subjek major kami, Pendidikan Khas. Tapi malangnya TLDM sibuk buat persiapan untuk hari TLDM kot.

Walaubagaimanapun,  kami berpeluang melawat Kapal perang beb ! hebat tak?! haha. dan lagi kami dapat tengok helicopter yang TLDM guna kat tengah2 laut. awesome yaw :) lepas tu kami melawat muzium. here's the photo :


KD KINABALU

Kami melawat kapal yang ada kat barisan paling hadapan bila nak protect negara !

Encik Baju biru memberi taklimat.

Di hadapan Helicopter. NH fikir, eleh tak dak la besar sangat pun helicopter ni. hehe

Galeri TLDM
Di dalam galeri
   
Balik !

notakaki : macam lawatan budak sekolah kan kan kannnn :P

Journey to Perak - DAY 1

Salam all

Hari ni NH nak update pasal holiday PK1 ke Perak ! YEAY ! Cuti Melaka Bandaraya Bersejarah haritu kami pergi holiday ke PERAK. Lawatan kali ni bukan saja-saja. Kami pergi untuk Program Penyuburan Ilmu untuk subjek Hubungan Etnik semester ni.

Sebelum ni kelas kami dah pergi banyak tempat yang menarik. cewah. pergi Cameron Highland, Ranau. Terasa macam aktif gilavavi pulak. Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Kalau ke sabah, kami semua terjah kampung Mira, salah seorang classmate kami, kali ni kami terjah kampung Nisah pulak. Seronok tengok budaya orang.

Sesuai dengan nama subjek ini, iaitu hubungan etnik, kami menyelami budaya masyarakat Banjar kali ini. ewah ewah . tak boleh blah ayat aku :) So begin with hari pertama kami bertolak. 14 April 2011.

di bawah blok cempaka sari. tengah tunggu bas :)

Finally kami sampai Kampung Banjar jam 7 malam macam tu. Masa ni semua macam penat. 8 jam perjalanan dari melaka ke Perak memang memenatkan nak mam.. err siap sesat lagi. pak cik bas terlajak jauh sampai ke taiping. so sampai lah kami di lumut ni. Sesampai ja kami, kami terus singgah masjid untuk solat jemaah. kesian orang kampung. Diorang tunggu kami dari pukul 5 petang, tapi sampai pukul 7 petang. hehe. Sorry pakcik makcik ! :)

Perkarangan Masjid Kampung Banjar
Baca Yassin. Sekali lagi NH interpremmmmm LOL
Lepas sembahyang berjemaah Maghrib, kami ramai2 baca Yassin untuk jemaah yang akan pergi Umrah. Tak tahu lah sapa tapi kami join sekali ja. Lepas solat , kami semua disajikan dengan santapan yang sedap ! tempoyak, bubur durian dan err err sampai sekarang NH tak pandai sebut benda alah tu. WARDI KEPENG ke? haha NH tatauu. Kawan-kawan tolong saya !

Majlis makan-makan

Next, majlis penyerahan anak angkat. majlis ni walaupun dimulakan agak lewat atas sebab kami yang sampai lewat, tapi still diteruskan juga sebabgai simbolik dan juga sedikit kata-kata aluan daripada penghulu Kampung banjar.

Penghulu Kampung Banjar.
Majlis dijalankan di dalam bilik mesyuarat rukun tetangga Kampung Banjar  (NH bantai ja ni) haha

Penyerahan anak angkat :)
Selepas penyerahan anak angkat, semua ikut mak dan ayah angkat masing-masing balik rumah. satu rumah, 2 orang so macam tak dak la segan silu sangat. Bermulalah malam yang NH rasa nightmare sebab NH sendiri pun tak biasa nak bercampur dengan orang yang tak kenal sangat !

Bersambung......

Saturday, April 23, 2011

Lat Kampung Boy The Musical

one of the scene - well, nak jadi cikgu pakai skirt pendek macam tu boleh tak ;P 

tah bila tah. hampir separuh dari kelas kami pergi ke istana budaya. untuk apa? untuk tengok LAT ! sapa lat? lat kampung boy, budak lelaki yang kini jadi pelukis kartun gilaa glamour. hoho. teater LAT tu memang best nak mati. tak boleh nak bayangkan. sapa sapa yang masuk tengok saja boleh describe how beruntungnya kami dapat peluang tengok teater tu. lagipun ni first time NH tengok teater so macam excited. hehe ;P

here's the photo :)

classmate 

beratur nak naik bas yaw!

Kursus pertolongan cemas di JPAM, Seremban

2hb April 2011. Kami pergi pulak ke JPAM Seremban. tujuan kami pergi JPAM sebab kena menjalani kursus pertolongan cemas untu KRS. oh yes, semester ni kami diletakkan dalam unit beruniform KRS. kira macam kalau pergi sekolah nanti kami jadi cikgu KRS la. hehehe. Kursus pertolongan cemas tu best la jugak. dari pagi sampai ke petang. penat nak mampos kot. haiyoo. tapi tak pa lah. experience tu worth it :)


UKM

Next entry (Pergh gilalah NH hari ni post entry punya banyak)

Ok ok teruskan. NH akan buat quick entry. buat entry basi pasal tempat tempat yang NH dan kawan-kawan pergi sepanjang 4 bula. mungkin NH tak ingat tarikh sebenar. tapi takpa lah. as long as NH update pun dah ok kan. hehe.

Haritu kami melawat UKM. Kami masuk muzium tengok mayat. hehe. Gambar dalam muzium memang tak sempat nak ambik. bukan tak sempat. tapi tak boleh ambil sebenarnya. dilarang keras. damn. ;P lepas pergi UKM, kami singgah pusat sains negara. err err terasa seperti budak sekolah la ! here the photos. oleh sebab NH rasa dah lama gila NH tak letak gambar NH kat blog, nah NH nak tayang gakkkk. hehe



BIRTHDAY CELEBRATION

Lets begin with sambutan hari lahir yang kita sambut hari tu. *KITA? err err kami actually. Kami semua memang dah kumpul duit setiap sem untuk celebrate birthday. Jadi hari lahir untuk bulan Januari hingga Mac kami dah sambut. Tak pergi jauh-jauh pun. Kami lepak Ayam Penyet kat TESCO saja. Sedap weh. NH bawak budak-budak ni makan kat situ. Promote. tapi memang tak rugi pun maklan kat situ kan kawan-kawan :)

Kami celebrate birthday IFFA , MIMI , ZATIAH & YAYA.

Ini mimi dan yaya

Ini Iffa dan Zatiah 

Happy birthday you all ! Have a blast ! :D

kroh kroh

Salam all ,

dah lama NH tak update blog kelas ni. setiap kali NH update ja mesti NH update sekali template blog ni. selalu ja tukar. bila lama tak buka, sekali buka rasa macam buruk gila nak mampos. huh. since dah berapa lama gila NH tak update ni. banyak gilaa aktiviti yang kami buat / jalani. banyak sangat sangat. NH busy la. hehe tak sempat nak update. lagipun dulu NH ada blog. sekarang dah tak dak. hoho. by the way, blog ni tak ramai followers pon. sesapa yang terjumpa blog ni TQ lah ye. sanggup singgah baca. harapan NH, nak update blog ni selalu. tapi macam angan-angan kosong saja. huahua

NH seh. tah pa pa. haha

Dinner BIG 2011






























Entri ni dah basi sebenarnya :)